Alat Solek ‘China Chic’ Jadi Kegemaran Ramai

2022-07-05 16:09:43  CRI
Share with:

Apakah jenis produk yang akan dihasilkan dengan menggabungkan unsur budaya tradisional China, serta tempat peranginan dan tapak bersejarah dengan kosmetik fesyen? Jom kita tengok. 

·Kosmetik berunsur Kota Larangan

Kota Larangan yang terletak di pusat bandar Beijing merupakan destinasi pelancongan termasyhur di dunia.

Hanya dalam 10 minit, sejumlah 300 set alat solek berelemen tempat menarik itu habis dijual.

Selepas satu jam dilancarkan, jumlah jualan dua jenis gincu dan pembayang mata masing-masing mencecah 2,000 dan 1,000 set.


·Kosmetik berunsur Dunhuang


Terletak di provinsi Gansu, barat China, Dunhuang yang mempunyai sejarah selama lebih 1,000 tahun, pernah merupakan satu-satunya laluan untuk memperkenalkan tamadun India purba ke China.

Mural Groto Mogao di Dunhuang mencetuskan banyak idea kreatif. Salah satu pemerah pipi antara siri alat solek bertemakan Dunhuang menawarkan tiga warna pipi untuk kegunaan harian kaum wanita, dan bedaknya pula menonjolkan unsur-unsur mural. 


·Alat solek berunsur Sanxingdui


Kedok gangsa kuno yang berusia 3,000 hingga 5,000 tahun ini ditemukan di tapak peninggalan Sanxingdui di provinsi Sichuan, barat daya China.

Kosmetik berunsur Sanxingdui turut membawa lambang 'misteri' dan 'peradaban makhluk asing'.

Secara rumusan, budaya solek menjadi popular di China sejak abad ketujuh dan kelapan sebelum Masihi.

Produk-produk yang menggabungkan unsur tradisional, estetika dan kehidupan moden itu dipanggil ‘Guochao’ (China Chic), satu trend yang juga diterjemahkan sebagai 'arus negara'.

Kosmetik berkenaan paling digemari golongan lahir pada 1990-an dan golongan milenia, yang sangat sinonim dengan sifat berkeperibadian, suka mengekspresi diri serta fesyen.