Jambatan Sungai Jinyang Ubah Kehidupan Petani Sichuan

2022-07-05 15:14:51  CRI
Share with:

Setelah melalui fasa pembinaan selama empat setengah tahun, Jambatan Sungai Jinyang yang menghubungkan kawasan lama dan baharu kaunti Jinyang, provinsi Sichuan, barat daya China siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada 30 Jun.

Dengan panjang keseluruhan 757.7 meter dan lebar 16 meter, jambatan itu juga mempunyai tiang sambut tertinggi di dunia iaitu berukuran 196 meter.

Dengan siapnya jambatan itu, masa perjalanan antara kawasan lama dan baharu kaunti Jinyang akan dijimatkan daripada lebih satu jam kepada hanya dua minit.

Kemudahan infrastruktur berkenaan turut membantu hasil pertanian di kawasan pergunungan dipasarkan ke tempat lain, sekali gus menjana pendapatan kaum tani.