Mile Tampil Sebagai Bandar Hijau

2022-07-06 14:08:45  CRI
Share with:

Berpandukan konsep 'gunung hijau dan air jernih bagaikan timbunan emas dan perak', Mile di daerah autonomi Honghe berpenduduk etnik Hani dan Yi, provinsi Yunnan melipatgandakan usaha dalam menempuh jalan pembangunan hijau pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Hasil usaha tersebut, bandar itu berjaya membentuk paradigma baharu pembangunan mesra alam yang berlandaskan kepada ekonomi, perindustrian dan perusahaan hijau.

Kadar liputan hutan di seluruh bandar kini mencecah 50 peratus, dengan 342 hari yang merekodkan kualiti udara baik setiap tahun.