Baotou Bangun Zon Seni di Desa

2022-07-06 13:59:35  CRI
Share with:

Bandar Baotou, wilayah Mongolia Dalam menjadi perintis dalam usaha memacu pembangunan kawasan desa bermediumkan seni budaya.

Hasil usaha tersebut, sebuah zon seni bersepadu yang menggabungkan seni lukis, kaligrafi dan seni pahat siap dibina di kampung Dongdagou, sekali gus menarik kedatangan ramai artis untuk membuka studio di situ.

Di samping itu, aktiviti seperti festival seni budaya dan pameran warisan budaya bukan benda telah diadakan dengan jayanya buat beberapa kali.