Pakej Bantuan Kerajaan Bantu Tingkat Hasil Pertanian

2022-07-06 14:53:54  CRI
Share with:

Wei Dedong, seorang petani dari Dezhou, wilayah Shandong, tidak pernah menyangka ladang gandum seluas 153 hektar yang diusahakannya dapat mengeluarkan hasil yang baik, biarpun aktiviti penanaman benih terlewat akibat bencana bah.

Menurut beliau, inisiatif dan pakej bantuan oleh kerajaan tempatan merupakan antara faktor penting yang memudahkan pengusaha ladang menghasilkan tuaian yang lebih banyak serta berkualiti.

Untuk rekod, Dezhou merupakan penyumbang utama bijirin untuk bekalan domestik. Sejak tahun lepas, pihak berkuasa menggerakkan pasukan pengurusan dan pakar pertanian turun ke ladang untuk membantu meningkatkan hasil pengeluaran tanaman tempatan.