Pembatalan Tarif Tambahan akan Untungkan Dunia

2022-07-06 11:23:54  CRI
Share with:

Pembatalan semua tarif tambahan ke atas China akan menguntungkan kedua-dua pihak China dan Amerika Syarikat (AS) bahkan dunia.

Pembatalan tarif itu diunjurkan akan menurunkan taraf inflasi sebanyak satu peratus di AS, di samping memberi manfaat kepada syarikat dan pengguna di negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata sedemikian dalam sidang taklimat ketika diminta mengulas mengenai perbualan Naib Perdana Menteri China, Liu He dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen melalui panggilan telefon pada 5 Julai.

Zhao berkata Kementerian Luar China telah mengeluarkan berita tentang perbualan tersebut. Namun pihak AS dalam wartanya mengutuk China atas 'tindakan perdagangan bukan pasaran', dan ini tidak benar.

Beliau menyatakan, sejarah 40 tahun lalu membuktikan bahawa prestasi cemerlang ekonomi China adalah hasil kejayaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Ia juga kejayaan daripada integrasi mekanisme pasaran dan kawalan makro kerajaan. Dasar pembaharuan dan pintu terbuka bukan sahaja akan menggalakkan pembangunan ekonomi negara ini, malah akan memberi sumbangan penting kepada kemakmuran ekonomi dunia.