India Digesa Wujudkan Persekitaran Perniagaan Tanpa Diskriminasi

2022-07-07 11:06:07  CRI
Share with:

India digesa mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, saksama dan tanpa diskriminasi kepada syarikat China yang berurus niaga di negara itu.

Menurut laporan sebelum ini, Biro Penguatkuasaan Undang-undang India telah menjalankan operasi pemeriksaan mengejut terhadap beberapa tempat pengeluaran dan urus niaga syarikat pembuat telefon dari China, Vivo dan syarikat-syarikat kendaliannya.

Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan bahawa pihaknya memberi perhatian tinggi terhadap perkembangan perkara ini.

Zhao berkata, China telah banyak kali menekankan bahawa syarikat China yang berurus niaga di luar negara dikehendaki mematuhi undang-undang tempatan. Pada masa yang sama, kerajaan menyokong syarikat China membela hak dan kepentingan yang sah mereka.