Dandong,Bandar Sempadan yang Menarik

2022-07-07 14:54:17  CRI
Share with:

Bandar Dandong yang terletak di provinsi Liaoning, timur laut China bersempadan dengan Korea Utara melalui sungai Yalu.

Sebagai bandar sempadan terbesar di China, Dandong bukan sahaja mempunyai pintu sempadan, lapangan terbang, pelabuhan sungai dan pelabuhan laut.tetapi juga mempunyai akses ke jaringan kereta api berkelajuan tinggi dan lebuh raya kebangsaan. 

Yang menjadi landskap yang terkenal di bandar ini adalah seperti berikut: tanah basah di kuala Sungai Yalu yang merupakan salah satu antara tiga destinasi yang paling unggul untuk meninjau habitat burung di dunia: pulau  Zhangdao yang berada di hujung utara garisan sempadan sepanjang 18 ribu km di negara ini, dan Destinasi Peranginan Qingshangou yang alam semula jadinya seindah pemandangan di kawasan selatan sungai Yangtze.

Selain itu, bandar Dandong juga kaya dengan sumber pengeluaran serta hasil berharga dari gunung dan laut. Antaranya, strawberi Dandong menyerlah dalam pasaran domestik, manakala produk Manila clam (Ruditapes philippinarum) hasilan Dandong telah dijadikan barang eksport yang berprestij.