Sekatan Baharu AS terhadap Iran

2022-07-07 12:09:53  CRI
Share with:

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terbaharunya ke atas Iran melalui laman sesawangnya pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, sekatan akan dikenakan ke atas individu dan pertubuhan yang menggunakan syarikat di kawasan Teluk untuk membantu syarikat Iran menghantar dan menjual minyak dan produk petrokimia.

Naib Setiausaha Perbendaharaan AS, Brian Nelson menyatakan bahawa pihaknya akan menggunakan semua kuasanya untuk menguatkuasakan sekatan berkenaan.

Di samping itu, aset individu dan pertubuhan yang dikenakan sekatan di wilayah AS akan dibekukan, dan dilarang berniaga dengan warga AS. Selain itu, pihak yang berurusan dengan mereka juga mungkin dikenakan sekatan.