Keganasan Teknologi AS akan Bantutkan Globalisasi

2022-07-07 12:48:37  CRI
Share with:

Dalam konteks globalisasi pada masa ini, Amerika Syarikat (AS) berulang kali mempolitikkan dan memperalatkan isu sains dan teknologi serta ekonomi dan perdagangan, melaksanakan sekatan teknologi dan penyahgandingan teknologi ke atas negara lain. Tindakan ini hanya akan menjadikan negara lain lebih berwaspada pada teknologi AS, dan juga akan mendorong negara-negara lain di dunia untuk mempercepat proses kebergantungan diri dalam teknologi dan sains.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang AS mahu Belanda mengharamkan ASML menjual teknologi teras pembuatan cip ke China.

Zhao berkata, ini adalah satu lagi contoh AS menyalahgunakan kuasa negaranya untuk membuli negara lain dengan hegemoni teknologi dan diplomasi paksaan.