Xiao Shu, Tanda Masuk Pertengahan Musim Panas

2022-07-07 13:20:33  CRI
Share with:

Hari Xiao Shu (Minor Heat) merupakan penggal ke-11 dalam kalendar ‘24 Musim’ China yang menandakan bermulanya pertengahan musim panas.

Secara harfiah, ‘Shu’ bermaksud kepanasan, manakala ‘Xiao’ bermaksud sedikit.

Memasuki penggal ini, suhu udara akan meningkat secara berterusan ke titik tertinggi sepanjang tahun sehingga tibanya penggal yang berikutnya iaitu ‘Da Shu’.

Ketika penggal ‘Xiao Shu’, pelbagai tanaman akan memasuki fasa pertumbuhan cergas termasuk tembikai, sementara buah-buahan musim panas lain akan turut dituai.

Untuk iklim yang berbeza, petani di selatan China akan menyimpan air terlebih dahulu untuk mengelakkan kemarau, manakala petani di kawasan utara pula perlu bersedia untuk mencegah daripada berlakunya banjir.