China Ulangi Pendirian dalam Isu Taiwan dan Xinjiang

2022-07-07 14:19:16  CRI
Share with:

Isu Taiwan berkaitan dengan kepentingan teras China manakala isu Xinjiang pula keprihatinan utama China.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada Rabu ketika ditanya sama ada isu Taiwan dan Xinjiang akan disebut dalam pertemuan Menteri Luar China, Wang Yi dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken sempena berlangsungnya Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan 20 (G20).

Zhao menyatakan, isu Taiwan merupakan masalah paling penting dan sensitif dalam hubungan China-AS. Prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS ialah asas politik hubungan kedua-dua negara sebagaimana yang diakui oleh kerajaan AS dalam pelbagai penggal.  

Presiden Joe Biden juga menegaskan pihaknya tidak melancarkan 'perang dingin baharu', tidak akan mengubah sistem negara China, tidak menggalakkan hubungan persekutuan untuk menentang China, tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan' dan tidak ingin berkonfrontasi dengan China.

Sehubungan dengan itu, AS digesa akur akan tiga pengumuman tersebut dan memelihara asas politik hubungan China-AS dengan tindakan pragmatik.

Beliau menambah, 'buruh paksa di Xinjiang' adalah pembohongan yang dibuat AS bagi mengotorkan imej China dan mengekang pembanguan negara ini.

Oleh itu, AS digesa berhenti mengedarkan pembohongan tersebut dan pelaksanaan 'Undang-undang Pencegahan Buruh Paksa Uygur', membina suasana baik bagi kerjasama dua hala, bukanlah meletakkan halangan lagi.