Kenyataan Blinken Putarbelitkan Fakta

2022-07-07 14:21:27  CRI
Share with:

Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengenai China baru-baru ini memutarbelitkan fakta, berbaur mentaliti Perang Dingin dan prejudis ideologi. China membantah keras tindakan itu.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Rabu.

Antony Blinken dilaporkan menyatakan dalam forum awam NATO yang menyebut, China sedang cuba menjejaskan orde antarabangsa yang berasaskan peraturan. AS tidak ingin berkonfrontasi, sebaliknya berusaha untuk menjaga orde antarabangsa yang berasaskan peraturan itu.

Zhao menyatakan, sejarah NATO penuh dengan pelancaran konflik dan peperangan. Dari Bosnia dan Herzegovina ke Kosovo, Iraq, Afghanistan, Libya, dan Ukraine, NATO yang mengisytiharkan diri sebagai pertubuhan pertahanan itu sebenarnya sentiasa menceroboh wilayah dan sempadan, melancarkan perang secara melulu, dan membunuh orang awam yang tidak bersalah.

Fakta membuktikan, China bukan 'cabaran sistemik' kepada NATO, tetapi NATO semakin menjadi 'cabaran sistemik' kepada keamanan dan keselamatan dunia.

Zhao Lijian menegaskan, China ialah pembina keamanan dunia, penyumbang kepada pembangunan global, dan pembela ketenteraman antarabangsa.

NATO dinasihat melepaskan obsesi terhadap kekerasan dan cubaan untuk mengacau Asia Pasifik. Manakala AS digesa membetulkan persepsinya terhadap China, membuang konsep konflik dan konfrontasi, menempuh jalan betul, iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling menang.