Bantuan China kepada Afghanistan Selesai Dihantar

2022-07-07 11:43:47  CRI
Share with:

China telah menghulurkan bantuan wang dan barangan bernilai RMB54 juta (RM35.64 juta) kepada Afghanistan selepas negara itu dilanda gempa bumi. Bantuan itu adalah sumbangan kerajaan pusat dan tempatan China, Persatuan Palang Merah China, syarikat China di Afghanistan dan pertubuhan rakyat.

Jurucakap Kemeterian Luar, Zhao Lijian dalam sidang media pada Rabu berkata, dalam tempoh dua minggu selepas gempa bumi itu berlaku, bahan bantuan China berjaya dihantar ke Afghanistan menggunakan enam pesawat pengangkut Y-20 dan empat kapal terbang komersial sewa.

Dalam perkembangan terkini, sebuah pesawat sewa akan berlepas pada Khamis, dan ini menandakan semua bantuan bantuan yang dijanjikan China akan selesai diberikan kepada Afghanistan.

Zhao mengatakan bahawa bagi langkah seterusnya, kerajaan dan rakyat China akan terus memberikan bantuan untuk pembinaan semula pasca bencana di Afghanistan dan menyokong negara itu mewujudkan pembangunan stabil secepat mungkin.