Kenang Kembali Sejarah Untuk Masa Depan Asia

2022-07-07 14:38:42  CRI
Share with:

Ketika membincangkan masa depan Asia Timur, lebih molek sekiranya kita kenang kembali apa yang berlaku di sini dalam sejarah.

 

Jikalau pihak Jepun benar-benar menitikberatkan kedamaian dan kestabilan di Asia Timur, sebaiknya mereka menimba pengalaman dari sejarah pencerobohan yang dilakukannya sendiri, dan bukan menghasut ketegangan di arena antarabangsa.

 

Itu sebenarnya merupakan respons China merujuk kenyataan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Sidang Kemuncak G7 dan NATO yang menyifatkan China mengubah situasi di Laut Timur, Laut China Selatan dan Selat Taiwan secara sepihak serta memberi amaran bahawa Asia Timur akan menjadi Ukraine kedua.

 

Kebetulan hari ini 7 Julai, ulang tahun ke-85 pencerobohan menyeluruh Jepun terhadap China.

 

Persoalannya, dalam 100 tahun ini di Asia Tenggara, siapakah yang mengubah situasi secara sepihak, menjadikan rantau ini neraka di bumi?

 

Jepun!

 

Hari ini pada 85 tahun lalu, lebih separuh wilayah China diduduki, lebih 35 juta orang China terkorban. Tragedi seumpama ini turut berlaku di pelbagai negara Asia Tenggara juga.

 

Asia akan menjadi Ukraine kedua? Kesengsaraan yang diderita oleh Aisa Timur ekoran pencerobohan Jepun jauh lebih mendalam berbanding Ukraine!

 

Selepas WWII, Jepun sepatutnya membayar pampasan perang kepada negara-negara yang dicerobohinya seperti Jerman.

 

Terdapat 15 negara mendapat pampasan perang dari Jepun yang bernilai USD2.2 bilion, termasuk Myanmar, Filipina, Indonesia, Vietnam dan lain-lain. Manakala berdasarkan rundingan, pampasan untuk China bernilai USD54 bilion.

 

Jumlah ini sebenarnya sangat sedikit berbanding kerugian dialami China dalam pencerobohan Jepun. Bagaimanapun, ini juga beban yang besar bagi kerajaan dan rakyat Jepun selepas perang.

 

Oleh itu, China membebaskan pampasan perang Jepun ketika menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kedamaian China- Jepun pada 1972.

 

Meskipun begitu, ramai yang selalu berkata bahawa kerajaan Jepun juga telah menyediakan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) berjumlah besar kepada China sejak 1979 hingga 2017.

 

Betul, Satria pula mengiktiraf ODA amat membantu bagi pembangunan ekonomi China, khususnya menjadi dana asing penting selepas dasar pintu terbuka dilaksanakan. Boleh dilihat sebagai balas budi kerajaan Jepun terhadap China yang membebaskan pampasan perangnya. Pada masa yang sama, ini juga membantu Jepun antara yang paling awal memasuki pasaran China, mendapat faedah yang cukup besar dalam perdagangan bilateral yang meningkat secara mendadak.

 

Tapi kita mesti faham, ODA ini bukan sumbangan, tapi pinjaman. Selain mengembalikan pinjaman, China juga perlu membayar bunga kepada Jepun.

 

Dalam tempoh waktu yang tertentu, pinjaman Jepun telah melebihi rizab mata wang asing China. Kalau mengikuti nada Barat pada masa ini, adakah ini patut dipanggil China masuk ke “jerat hutang” Jepun?

 

Bagaimanapun, hubungan antara China dengan Jepun dalam tempoh ini masih boleh disifatkan saling menguntungkan.

 

Namun trend ini berubah pada beberapa tahun ini seiring dengan tindak tanduk Jepun yang semakin menyebelah kepada Barat, menghasutkan ketegangan di rantau ini. Dan ini mencapai puncak ketika Fumio Kishida berpeluang berucap dengan pemimpin G7 dan NATO berdiri di belakangnya.

 

Menyaksikan Jepun maju menuju arah yang salah dengan pimpinan Fumio Kishida, Bekas Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama menyatakan secara terus terang bahawa kenyataan Fumio Kishida hanya untuk mendapat sokongan ketenteraan dari Amerika dan menjadi Jepun “negara normal”.

 

Kerajaan Jepun dan sebahagian tokoh politik secara aktif menyertai pelbagai mekanisme yang jelas bertujuan mengepungkan China, seperti QUAD dan rangka ekonomi Indo-Pasifik, khususnya mengeluarkan kenyataan menyokong “Taiwan merdeka” mengikuti nada Amerika, ini tidak bermanfaat bagi kestabilan Asia Timur.

 

Mereka yang kenal Jepun adalah pihak yang sepatutnya menimba pengalaman dari krisis Rusia-Ukraine. Ia termasuklah jangan berusaha mengubah situasi serantau secara sepihak, menjejaskan kestabilan dan kedamaian di Asia Timur.