Menteri Luar China, Rusia Bincang Hubungan Dua Hala dan Situasi Antarabangsa

2022-07-08 11:54:11  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov sempena berlangsungnya Mesyuarat Menteri Luar G20 di Bali, Indonesia semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa pada masa ini, situasi antarabangsa bergolak dan tidak menentu, manakala cabaran global muncul satu demi satu. Di bawah bimbingan strategik pemimpin kedua-dua negara, China dan Rusia menghapuskan gangguan luar, mengekalkan interaksi normal, dan melaksanakan kerjasama dalam pelbagai sektor. Ini menunjukkan daya tahan yang kuat hubungan kedua-dua negara.

Beliau berkata, China menghargai penyertaan aktif Rusia dalam siri mesyuarat pemimpin BRICS dan sumbangannya demi membina konsensus antarabangsa dan menggalakkan pembangunan global. China bersedia bekerjasama dengan semua pihak, termasuk Rusia, untuk melaksanakan hasil penting persidangan itu, menggalakkan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan2030, memelihara kepentingan bersama negara membangun, dan menjaga keadilan antarabangsa.

Lavrov mengucapkan tahniah kepada China kerana berjaya menganjurkan siri mesyuarat BRICS. Beliau mengatakan bahawa Rusia dan China mengamalkan pendirian bertanggungjawab, mengekalkan penyelarasan strategik, dan memainkan peranan penting dan memperoleh pengiktifaran negara membangun dalam melindungi Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, mewujudkan order antarabangsa yang lebih adil dan hubungan antarabangsa yang demokratik. Dalam pada itu, hubungan Rusia-China tidak terganggu oleh kuasa luar, dan kerjasama pragmatik berjalan lancar, selain berpotensi besar. Pihaknya komited mengintensifkan sektor dan skala kerjasama dua hala demi memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Mereka turut bertukar-tukar pandangan tentang situasi di Ukraine. Lavrov memperkenalkan situasi Rusia-Ukraine dan pendirian Rusia dalam isu tersebut. Wang Yi menyatakan bahawa China berpegang kepada pendirian objektif dan adil, menggalakkan rundingan damai, dan menyokong semua usaha yang kondusif kepada penyelesaian krisis secara aman.