Stesen Angkasa China Beroperasi Stabil, Tunggu Kehadiran Wentian

2022-07-08 15:06:19  CRI
Share with:

Sejak dihantar kapal angkasa Shenzhou-14 untuk memasuki modul teras Tianhe pada 5 Jun, tiga angkasawan China iaitu Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe sudah genap sebulan berada di orbit.

Antara misi paling penting dalam jadual kerja ‘trio eksplorasi angkasa lepas’ pada bulan ini adalah menyambut ketibaan modul eksperimen Wentian.

Difahamkan, modul Wentian akan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Hainan, selatan China pada penghujung Julai.

 

Selepas memasuki orbit yang ditetapkan, ia akan melakukan percantuman dengan kombinasi stesen angkasa berkenaan.

Wentian bakal berfungsi sebagai pangkalan utama China untuk menjalankan penyelidikan sains hayat di luar angkasa.

Pusat Kawalan Penerbangan Aeroangkasa Beijing (BACC) pada Isnin telah mengeluarkan arahan modulasi terhadap kombinasi stesen angkasa.

Selepas pengawalan orbit kali ini, kombinasi stesen angkasa akan bersiap sedia untuk menyambut kehadiran modul Wentian.