Tiga Pengumuman Bersama, "Pagar Pelindung" Hubungan China-AS

2022-07-08 12:07:30  CRI
Share with:

Hubungan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) ialah hubungan dua hala yang paling penting di dunia. Sebagai dua kuasa ekonomi terbesar di dunia dan ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hubungan China-AS patut berkembang lebih baik, bukan lebih buruk.

Oleh itu, kedua-dua negara harus menjunjung prinsip saling hormat, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling menang untuk menggalakkan hubungan China-AS kembali ke landasan yang sihat dan stabil.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata sedemikian ketika diminta memberi komen tentang kenyataan pegawai AS yang menyebut sasaran utama pertemuan menteri luar AS dan China adalah untuk mengukuhkan "pagar pelindung" bagi hubungan kedua-dua negara.

Zhao menegaskan bahawa tiga pengumuman bersama China-AS ialah pagar tersebut.

Oleh itu, AS diingatkan mematuhi tiga pengumuman bersama tersebut serta komitmennya kepada China.