Forum Peringkat Tinggi Media BRICS ke-5 Dirasmikan

2022-07-09 13:57:00  CRI
Share with:

Forum Peringkat Tinggi Media BRICS ke-5 diadakan di Beijing pada Jumaat. Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Huang Kunming menghadiri forum dan menyampaikan ucapan.

Beliau menyatakan bahawa Presiden Xi Jinping telah menyampaikan beberapa ucapan penting mengenai usaha memperkukuh kerjasama BRICS dan menggalakkan pembangunan global baru-baru ini. Kenyataan beliau telah menetapkan hala tuju dan pendekatan untuk bersama-sama menjaga kesaksamaan dan keadilan antarabangsa serta menjana semula pembangunan dunia, di samping merangka cetak biru dan menyuntik kedinamikan kepada pembangunan kerjasama BRICS. 

Beliau berkata, negara-negara BRICS harus menggalakkan pembinaan bersama perkongsian pembangunan global yang bersatu, sama rata, seimbang dan saling untung, sehingga menyuntik lebih banyak tenaga positif dan faktor selamat ke dalam pembinaan bersama komuniti keselamatan manusia.

Hampir 300 wakil daripada lebih 170 media dan institusi dari 73 buah negara dan kawasan menyertai forum itu secara hibrib.