Xi: Gunakan Warisan Sejarah, Galak Pertukaran dan Saling Belajari Antara Tamadun

2022-07-09 17:25:16  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menegaskan bahawa warisan sejarah harus digunakan dengan baik untuk memperkasakan pertukaran dan saling belajar antara tamadun berbeza.

Xi berkata demikian dalam surat balas kepada pakar dari Muzium Kebangsaan China bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-110 muzium tersebut. Beliau dalam suratnya turut mengucapkan tahniah dan menyampaikan mogaan baik kepada semua kakitangan muzium itu.

Xi berkata, beliau telah banyak kali mengunjungi Muzium Kebangsaan dan sangat gembira mengetahui kemajuan baharu muzium itu dalam koleksi, penyelidikan, pameran dan komunikasi dengan negara luar.

Beliau menegaskan, muzium merupakan tempat penting bagi melindungi dan mewarisikan tamadun manusia. Sehubungan dengan itu, kakitangan di muzium menggalas misi yang mulia dan memikul tanggungjawab yang besar. Mereka dinasihat mengukuhkan kepercayaan budaya, mendalami penyelidikan ilmiah, membaharui pameran, agar mewariskan dan memaparkan kecemerlangan tamadun China, serta terus menyumbang kepada pembangunan kebudayaan dan pembinaan budaya sosialis.