Sidang Menteri Luar G20 Fokuskan Isu Keselamaan Bahan Makanan dan Sumber Tenaga

2022-07-09 13:44:54  CRI
Share with:

Sidang Menteri Luar Kumpulan 20 (G20) diadakan di Indonesia pada Jumaat. Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi menyertai sidang yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Indonesia, Retno Lestari Priansari Marsudi. Yang turut hadir menteri-menteri luar dari anggota G20, negara tetamu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, serta pemimpin pertubuhan antarabangsa yang lain.

Wang Yi menyatakan, kedamaian dan pembangunan dunia menghadapi cabaran besar pada masa ini. Pelbagai pihak perlu memperkasakan penyelarasan dasar ekonomi makro, bersama-sama memelihara kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan global, mengukuhkan mekanisme perdagangan multilateral. Pada masa yang sama, kita perlu mengutamakan pembangunan di samping meningkatkan kerjasama dalam membasmi kemiskinan dan melawan pandemik COVID-19.

Dalam isu Ukraine, Wang Yi menegaskan bahawa China akan terus berusaha mendorong rundingan damai, dan berharap mewujudkan kedamaian dam gencatan senjata melalui rundingan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik daripada berlarutan lama atau diperluaskan.