Xi Utus Kawat Tahniah kepada Pameran Tamadun Rom Kuno

2022-07-10 15:14:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella masing-masing mengutus kawat tahniah kepada majlis perasmian Pameran Asal Usul Itali - Tamadun Rom Kuno.

Xi Jinping menyatakan bahawa China dan Itali ialah wakil tamadun Timur dan Barat. Pameran tamadun Rom kuno kali ini akan memaparkan budaya Itali melalui warisan budaya yang berwarna-warni dan berharga.

Beliau berharap tahun kebudayaan dan pelancongan China-Itali dapat mengambil peluang ini untuk memperkukuh interaksi dan saling belajar antara tamadun, merapatkan persahabatan rakyat, serta menyuntik tenaga baharu ke dalam pembangunan hubungan China-Itali.

Beliau menekankan bahawa China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mengekalkan konsep nilai tamadun yang saksama, saling belajar, berdialog dan inklusif, menghapuskan jurang tamadun melalui interaksi, mengatasi konflik tamadun melalui saling belajar, dan melampaui keunggulan tamadun melalui hidup bersama, agar memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Presiden Itali, Sergio Mattarella dalam surat tahniahnya turut menyatakan bahawa kerjasama kebudayaan antara kompenen penting dalam persahabatan Itali-China. Tatkala menghadapi penularan pandemik COVID-19, Itali mengadakan pameran tamadun Rom kuno di China, membuktikan asas hubungan kedua-dua negara ini amat kukuh.

Pameran Asal-usul Itali-Tamadun Rom Kuno dirasmikan di Beijing hari ini.