Simposium Sambutan Ulang Tahun ke-110 Muzium Negara

2022-07-10 11:39:05  cri
Share with:

Simposium ulang tahun ke-110 penubuhan Muzium Negara China diadakan di Beijing pada Sabtu. Surat balas Presiden Xi Jinping kepada kakitangan veteran muzium itu telah dibacakan.

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Huang Kunming menghadiri simposium dan menyampaikan ucapan.

Beliau menyatakan bahawa surat balas Presiden Xi mencerminkan keprihatinan Jawatankuasa Pusat PKC terhadap Muzium Negara dan harapan baik terhadap pengembangan budaya dan muzium China.  

Huang Kunming menekankan bahawa berdiri di titik permulaan sejarah yang baharu, Muzium Negara perlu menjalankan inovasi di samping melaksanakan tugas, memikul misi budaya, dan meningkatkan kerja dalam bidang pengumpulan, penyelidikan, pameran dan interaksi budaya dengan negara luar. 

Beliau berharap Muzium Negara dapat memahami dan melaksanakan semangat surat Presiden Xi dengan baik untuk mengukuhkan keyakinan diri dalam budaya, berusaha membina sebuah muzium bertaraf dunia dan dewan sejarah, budaya dan seni terbaik di negara ini.