Rajapaksa akan Letak Jawatan Presiden

2022-07-10 15:12:56  CRI
Share with:

Menurut laporan media Sri Lanka pada petang 9 Julai, Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa telah memaklumkan Speaker Parlimen, Mahinda Yapa Abeywardena bahawa beliau akan meletakkan jawatan presiden pada Sabtu.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan, Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe turut memaklumkan kepada pemimpin beberapa parti bahawa beliau sanggup meletakkan jawatan Perdana Menteri.

Kedua-dua presiden dan perdana menteri Sri Lanka kini berada di tempat yang selamat.

Selepas penunjuk perasaan berjaya menduduki kediaman presiden, pejabat presiden dan pejabat perdana menteri pada petang Sabtu, situasi di Colombo masih tegang, dan orang awam dari pelbagai tempat lain terus memasuki ibu negara itu. Tentera dan polis telah berhenti menggunakan meriam air dan gas pemedih mata, dan tiada kematian dan kecederaan dilaporkan.