China Kini Mempunyai Dua Taman Botani Negara

2022-07-11 12:36:52  CRI
Share with:


Sebuah lagi Taman Botani Negara dirasmikan di Guangzhou pagi tadi, sekali gus menjadi taman botani negara kedua selain Taman Botani Negara Beijing.

Taman tersebut bukan sahaja menjadi taman botani tropika Asia Selatan terbesar di dunia setakat ini, malah juga merupakan salah satu institusi perlindungan tumbuhan dan penyelidikan tumbuhan paling bersejarah di China.

Berkeluasan sehingga 333 hektar mencakupi kawasan pameran dan kawasan penyelidikan saintifik, pelbagai kerja seperti pemeliharaan, pengajian dan penyelidikan saintifik terhadap tumbuhan di rantau tropika serta subtropika di dunia akan dijalankan oleh taman tersebut.

Difahamkan, jumlah jenis tumbuhan yang dipindah dan dipelihara di taman tersebut mencatat 17,000 jenis, merangkumi hutan hujan tropika, tumbuhan dataran tinggi, tumbuhan eksotik dan tumbuhan padang pasir.


Antara tumbuh-tumbuhan yang berjaya dipindah dan ditumbuh di taman tersebut termasuk 643 spesies tumbuhan hampir pupus dan 337 spesies tumbuhan liar penting peringkat kebangsaan.

Dalam perkembangan lain, Pusat Pemeliharaan Pemindahan Botani Negara Selatan China dijangka akan dibina dalam tiga hingga lima tahun akan datang.

Seusai siap dibina, ia dijangka akan membolehkan 95 peratus tumbuhan hampir pupus di kawasan selatan China mendapatkan pemeliharaan yang berkesan.