China Galak IPT Sokong Pembangunan Industri

2022-07-11 11:33:29  CRI
Share with:

China akan menggalakkan lebih 1,000 institusi penganjian tinggi (IPT) memberikan sokongan dari segi sains dan teknologi kepada lebih 10,000 buah perusahaan domestik dalam tempoh lima tahun akan datang.

Inisiatif itu dibentangkan dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) dan Jabatan Harta Intelek Negara (SIPO) hari ini.

Difahamkan, usaha berkenaan juga menyasarkan untuk mendorong pengintegrasian antara IPT dengan perusahaan.

Ketua Pengarah Jabatan Sains, Teknologi dan Maklumat MOE, Lei Chaozi dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) berkata, usaha itu mempunyai makna istimewa bagi mengatasi masalah dalam pembangunan perindustrian dan membentuk paradigma pembangunan baharu.