Frisbee Jadi Aktiviti Paling Popular di Bandar Besar China pada Musim Panas

2022-07-11 13:42:30  CRI
Share with:

 

Permainan lempar cakera atau Frisbee kelihatan menjadi aktivti paling popular di bandar besar di China termasuk Beijing, Guangzhou, Chongqing dan Chengdu pada musim panas ketika ini.

 

Sukan yang mudah ini hanya memerlukan sebuah tempat berumput, sekeping cakera plastik dan 10 hingga 20 orang pemain.

 

Seorang pemain boleh mengambil bahagian dalam permainan dengan hanya memerlukan 20 minit latihan ringkas mengenai peraturan dan cara bermain.

 

Menurut peraturan tentang sukan berkumpulan tersebut, sebelum membuat serangan baharu, pemain yang menangkap cakera dilarang bergerak sehingga cakera dilemparkan kepada pemain lain.

 

Selain itu, sukan ini tidak mempunyai pengadil, sekali gus memerlukan semua masalah yang berlaku dalam permainan diselesaikan melalui rundingan antara kedua-dua pihak yang berlawan.

 

Maka, berbanding dengan sukan tradisi seperti bola keranjang atau bola sepak, fungsi komunikasi yang lebih menonjol dalam permainan lempar cakera ini.