Xi Galak Belia Rentas Selat Perjuangkan Kebangkitan Bangsa

2022-07-12 14:43:03  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menggalakkan golongan belia di kedua-dua pantai Selat Taiwan supaya berganding bahu untuk memperjuangkan kebangkitan bangsa.

Galakan itu diberikan beliau semasa membalas surat kepada pemuda Taiwan yang menghadiri Forum Belia Selat semalam.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam surat itu menegaskan bahawa masa depan nusa dan bangsa terletak di tangan generasi muda.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus menyediakan syarat yang kondusif kepada perkongsian ilmu dan interaksi antara belia di kedua-dua pantai Selat Taiwan, di samping memberi lebih banyak kemudahan kepada pemuda Taiwan yang belajar, bekerja, berniaga dan hidup di Tanah Besar.

Forum Belia Selat ke-20 berlangsung di Xiamen, provinsi Fujian pada 11 hingga 12 Julai.

Baru-baru ini, 50 orang pemuda Taiwan yang menghadiri forum itu telah mengutus surat kepada Xi untuk berkongsi pengalaman mereka semasa belajar, bekerja dan hidup di Tanah Besar, sambil menzahirkan iltizam untuk menyumbang kepada kebangkitan bangsa dan penyatuan semula tanah air.