Xi Utus Tahniah Penubuhan Organisasi Antarabangsa WIC
Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah atas penubuhan organisasi antarabangsa Persidangan Internet Dunia (WIC) hari ini.
Xi menyatakan penubuhan organisasi itu merupakan langkah penting untuk mengikut arus pembangunan zaman teknologi maklumat ini, di samping memperdalam kerjasama antarabangsa membabitkan ruang siber.
Beliau berharap agar WIC terus menggalakkan perundingan bersama dan perkongsian melalui dialog dan kerjasama pragmatik, sekali gus menyumbang kepada perkembangan serta tadbir urus internet global.
Xi turut menekankan ruang siber berkaitan rapat dengan nasib manusia, lantaran masa depannya harus dicipta bersama semua negara di dunia.
China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa ke arah membina ruang siber yang lebih adil, inklusif, selamat, mantap dan dinamik demi manfaat rakyat seluruh dunia.
Difahamkan, organisasi WIC berkenaan dianggotai agensi antarabangsa, perusahaan dan institusi serta pakar dan sarjana dalam bidang internet.