Menyemai Benih Kasih Sayang dalam Kabin Kereta Api

2022-07-12 13:33:30  CRI
Share with:

Mihriban Heyit merupakan konduktor kereta api penumpang awam No.T9526 bahagian Korla syarikat Urumqi Landasan Kereta Api China.

 

Beliau digelar sebagai “bunga delima” paling jelita yang berkembang dalam kereta api berikutan layanan mesranya terhadap penumpang yang pelbagai etnik.

 

Kereta api T9526 ‘bertugas’ di landasan antara Urumqi dan Hotan yang sepanjang 1,996 kilometer, yang merentasi kawasan yang mempunyai penduduk berbilang etnik.

 

Untuk rekod, Mihriban sudah bertugas di landasan kereta api tersebut selama hampir 20 tahun, sekali gus menyaksikan setiap perkembangan kereta api di Xinjiang.

 

Selain menyediakan perkhidmatan biasa, Mihriban kerap menggunakan radio dalam kereta api untuk menyiarkan maklumat mengenai produk pertanian bercirikan tempatan dan kawasan peranginan demi menyumbang kepada kebangkitan desa di Xinjiang.