Jepun Perlu Ambil Pengajaran dari Sejarah

2022-07-12 12:16:10  CRI
Share with:

Jepun harus mengambil pengajaran daripada sejarah, dan mendapatkan kepercayaan negara jiran di Asia serta masyarakat antarabangsa melalui tindakan konkrit, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin. 

Gabungan parti pemerintah Jepun yang terdiri daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Komeito dilaporkan memenangi pilihan raya Dewan Kaunselor, menyaksikan kuasa yang menyokong pemindaan Perlembagaan meraih lebih dua pertiga kerusi.

Wang menyatakan China bersedia bersama-sama Jepun memperkasakan hubungan kejiranan dan ikatan kerjasama berdasarkan prinsip ditetapkan dalam empat dokumen politik.    

“Dalam pada itu, Jepun diharap mengambil iktibar daripada sejarah dan kekal komited terhadap jalan pembangunan secara damai,” katanya dalam sesi taklimat pada Isnin.