Kerjasama China, Kepulauan Pasifik Fokuskan Pembangunan

2022-07-12 10:50:06  cri
Share with:

Kerjasama antara China dengan negara kepulauan Pasifik memfokuskan pembangunan dan situasi saling untung, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Isnin.

Menurut beliau, China tidak mengejar lingkungan pengaruh dan juga tidak berminat melakukan persaingan geostrategik.

Wang berkata, China telah melaksanakan siri projek yang melibatkan ekonomi, teknologi dan pelaburan di Papua New Guinea pada beberapa tahun kebelakangan ini. Projek tersebut menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan penambahbaikan kehidupan rakyat tempatan, serta mendapat sambutan baik daripada kerajaan dan rakyat negara itu.

Terdahulu, laporan media Australia mendakwa kerjasama antara China dengan Papua New Guinea di Zon Ekonomi Khas Ihu melibatkan penubuhan pangkalan ketenteraan. Namun, laporan itu disangkal sebagai tidak berasas sama sekali oleh Kementerian Luar Papua New Guinea menerusi satu kenyataan baru-baru ini.