AS Diharap Tepati Janji

2022-07-12 13:41:57  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) diharap mengambil serius terhadap senarai yang diajukan China, serta menepati semua janji dibuat Presiden Joe Biden dan kerajaannya menerusi tindakan praktikal.

Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sesi taklimat di Beijing pada Isnin.

Semasa menemui Setiausaha Negara AS, Antony Blinken baru-baru ini, Menteri Luar China, Wang Yi mengemukakan empat senarai kepada pihak AS, termasuk menuntut AS membetulkan dasar yang salah terhadap China.

Senarai tersebut juga melibatkan rang undang-undang AS berkaitan China yang menjadi keprihatinan utama, serta kolaborasi membabitkan lapan bidang antaranya perubahan iklim, kesihatan awam dan sosiobudaya.

"Senarai berkenaan sekali lagi memaparkan pendirian tegas China dalam menuntut AS menghentikan tindakan pembulian, tidak mencampuri urusan dalaman, serta tidak menjejaskan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China. 

"Ia juga mencerminkan sikap konstruktif China untuk menjalankan kerjasama praktikal dengan AS berlandaskan prinsip saling hormat, sama rata dan saling untung," katanya.