China Sedang Kumpul Nama Satelit Penyelidikan Suria Bersepadu Pertama

2022-07-12 13:09:59  CRI
Share with:

Advanced Space-based Solar Observatory (ASO-S), iaitu satelit khas untuk penyelidikan suria bersepadu pertama di China akan dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada Oktober nanti.

Difahamkan, China sedang mengumpulkan cadangan nama dari pelayar Internet untuk diberikan kepada satelit itu dan proses akan berlangsung mulai hari ini sehingga 24 Julai.

ASO-S seberat 888 kilogram diselidik dan dibangunkan selama lebih lima tahun, dan akan beroperasi dalam orbit setinggi 720 kilometer dari permukaan bumi.

Satelit yang berfungsi lebih empat tahun itu akan menyasarkan medan magnet suria dan nyala suria serta Coronal Mass Ejection (CME).

ASO-S akan memanfaatkan momentum berkenaan menjalankan pemantauan serentak terhadap nyalaan suria, CME dan medan magnet vektor suria, menyelidiki sumber, kesan dan sangkutan antara medan magnet, nyalaan suria dengan CME, bagi menyediakan sokongan terhadap ramalan cuaca bencana yang mempengaruhi kehidupan manusia.

Menurut Saintis Kanan Satelit ASO-S merangkap Penyelidik Balai Cerap Zijinshan Akadeki Sains China, Gan Weiqun, ASO-S membawa pengimejan seluruh magnetik vektor suria, teleskop suria Lehmann Alpha dan pengimejan sinar X keras suria.

Setelah memasuki orbit, ASO-S akan membekalkan data sebanyak 500 gigabit setiap hari secara terbuka untuk pengguna global.