Import, Eksport China Menokok 9.4 Peratus

2022-07-13 14:04:15  CRI
Share with:

Jumlah import dan eksport perdagangan barangan China mencatat RMB19.8 trilion (RM13.05 trilion) pada separuh pertama tahun ini, naik 9.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GACC). 

Antaranya, nilai keseluruhan eksport mencecah RMB11.14 trilion (RM7.34 trilion), meningkat sebanyak 13.2 peratus, manakala import berkembang 4.8 peratus dengan jumlah RMB8.66 trilion (RM5.71 trilion).