Keterbukaan Xinjiang Janji Kerjasama Saling Untung

2022-07-13 14:51:14  cri
Share with:

Xinjiang merupakan zon teras bagi pembangunan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan hab keterbukaan pintu China ke arah Barat, kata jurucakap kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, Xu Guixiang dalam taklimat media di Beijing pada Selasa.

Menurutnya, Xinjiang ialah laluan penting bagi interaksi tamadun Timur dan Barat, dan juga bahagian penting dalam Jalan Sutera purba.

Beliau berkata Xinjiang komited terhadap landskap keterbukaan bertaraf tinggi dengan menyalinghubungkan domestik dengan luar, agar menyumbang kepada hubungan ekonomi yang lebih rapat, kerjasama yang lebih mendalam serta ruang pembangunan yang lebih luas antara pelbagai negara.