Pameran Laluan Qinghai Diadakan Sempena Minggu Jalan Sutera 2022

2022-07-13 10:25:36  cri
Share with:

Pameran Laluan Qinghai dirasmikan di Muzium Sutera China di Hangzhou pada 8 Julai, sekali gus memulakan kempen Minggu Jalan Sutera 2022.

Minggu Jalan Sutera 2022 menjemput Qinghai sebagai provinsi kehormat dan Republik Uzbekistan sebagai negara kehormat.  

Sempena pameran kali ini, institusi penyelidikan sejarah dari Qinghai akan mengadakan beberapa pameran dan aktiviti kebudayan di provinsi tersebut, seperti pameran hasil kajian arkeologi, kursus latihan dan lawatan.  

Di samping itu, Muzium Sutera China dan Muzium Kebangsaan Samarkand Uzbekistan akan bersama-sama menganjurkan pameran khas bertemakan "Sutera dan Jalan Sutera: Dari Hangzhou ke Samarkand".