Pertanian Pintar di Wilayah Xinjiang, Petani Terima Manfaat

2022-07-13 15:12:03  CRI
Share with:

 

Wilayah Xinjiang bukan sahaja sinonim dengan gelaran "lubuk buah-buahan", malah merupakan kawasan penghasilan utama bagi cili, tomato dan kapas.

Anggur Turpan, tembikai Hami dan kurma Hotan yang berasal dari wilayah Xinjiang cukup terkenal.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kewujudan sains dan teknologi canggih seperti sistem panduan automatik navigasi Beidou, penyembur air ubat melalui dron, pengairan pintar dan menuai kapas secara mekanisasi telah digunakan dalam bidang pertanian di wilayah ini.

Ia secara tidak langsung juga menyaksikan pendapatan kaum tani tempatan turut sama meningkat.