Tiada ‘Buruh Paksa’ dalam Industri PV di Xinjiang

2022-07-14 14:56:21  CRI
Share with:

Tiada elemen buruh paksa wujud dalam perusahaan fotovolta (PV) di Xinjiang, kata jurucakap kerajaan wilayah itu, Xu Guixiang. 

Xu berkata perbuatan menindas dan menyekat industri PV China memberi impak kepada kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan. 

"Dampaknya akan turut dirasai industri PV global, dan pelaku berkenaan nescaya ditelan padah," ujar beliau semasa taklimat media di Beijing pada Selasa.

Xu menjelaskan bahawa penumpuan kapasiti pengeluaran PV adalah disebabkan beberapa faktor seperti taburan sumber, perbezaan teknologi dan pacuan pasaran.

"Ia merupakan fenomena biasa dalam pembangunan industri PV sejagat, dan juga hukum universal bagi banyak industri lain di dunia," katanya.

Tambah beliau, punca utama yang mengakibatkan kerapuhan rantaian bekalan dan perindustrian PV global adalah Amerika Syarikat (AS) bertindak menyekat industri PV China menerusi penguatkuasaan 'Akta Pencegahan Buruh Paksa Uygur', bukannya isu penumpuan kapasiti pengeluaran produk berkenaan.