Import Eksport China Meningkat Separuh Pertama 2022

2022-07-14 13:23:52  CRI
Share with:



Jabatan Kastam China mengumumkan import dan eksport perdagangan luar China meningkat secara berturut-turut untuk tempoh lapan suku dari tahun ke tahun.

 

Menurut data statistik yang dikeluarkan pada Rabu, skala perdagangan luar China turut mencapai RMB19.8 trilion (RM13 trilion).

 

Setelah ditimpa serangan pandemik COVID-19 pada awal 2020, perdagangan luar China sekali lagi menghadapi cabaran besar pada Mac hingga April tahun ini.

 

Sesetengah syarikat di kawasan berhampiran laut termasuk bandar Shanghai turut menerima impak negatif dalam import dan eksport.

 

Walau bagaimanapun, situasi kawalan penularan wabak di China menjadi stabil sejak Mei lalu, sekali gus menyaksikan keberkesanan pelbagai dasar untuk menstabilkan peningkatan ekonomi.

 

Jurucakap penerangan Jabatan Kastam China, Li Kuiwen memaklumkan bahawa perdagangan luar dilihat semakin meningkat pada bulan Mei dan Jun, manakala pembaikpulihan penghasilan syarikat perdagangan luar pula berjalan secara teratur.

 

Pada masa sama, siri langkah penstabilan perdagangan luar telah dijalankan pelbagai badan berkenaan China dengan langkah sokongan dikemukakan oleh Kastam pula mencatat 854 buah.

 

Dalam sektor pengimportan, China terus memainkan kelebihan pasaran gergasi merangkumi 1.4 bilion populasi untuk memperluas pengimportan yang turut menyaksikan produk hasilan pertanian, bijih besi dan kapas meningkat pada separuh pertama tahun ini.


 

Selain itu, sebanyak 70 ribu buah syarikat penghasilan makanan dari luar negara telah mendaftarkan perusahaan masing-masing di China.

 

Statistik juga menunjukkan bahawa import dan eksport antara China dengan ASEAN, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat masing-masing mencatat RMB2.95 trilion (RM1.95 trilion), RMB2.71 trilion (RM1.79 trilion) dan RMB 2.47 trilion (RM1.63 trilion) dengan catatan peningkatan 10.6 peratus, 7.5 peratus dan 11.7 perauts pada separuh pertama 2022.

 

ASEAN turut bejaya mengekalkan statusnya sebagai rakan dagangan terbesar China dengan menduduki 14.9 peratus dalam nilai keseluruhan perdagangan luar China.

 

“Import dan eksport China pada separuh kedua tahun ini dijangka akan terus meningkat secara stabil,” ujar Li.