Ekonomi China Pulih dengan Pesat

2022-07-14 18:02:03  CRI
Share with:

Ekonomi China menyaksikan pemulihan yang pesat pada bulan Jun, menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC).

Pegawai NDRC dalam taklimat media hari ini berkata, selepas mengalami penurunan sementara pada April, sektor perindustrian China kembali mencatatkan pertumbuhan positif pada bulan Mei, dan terus berkembang pesat pada Jun.  

Di samping itu, permintaan pasaran turut dirangsang oleh aktiviti pelaburan dan pengeksportan, dan perbelanjaan pengguna terus naik.