China Lancarkan Satelit Penyampai Data Baharu

2022-07-14 12:35:51  CRI
Share with:

Roket Pembawa Long March 3B yang membawa satelit Tianlian II-03 dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Xichang, provinsi Sichuan China tepat pukul 12.30 pada awal pagi Rabu.

Misi pelancaran kali ini dilakukan dengan jayanya dan satelit itu turut memasuki orbit seperti yang dijadualkan.

Tianlian II ialah satelit penyampai data orbit geosynchronous generasi kedua China.

Setelah ujian diselesaikan, Tianlian II-03 akan membentuk rangkaian dengan dua satelit yang dilancar sebelum ini iaitu Tianlian II-01 dan Tianlian II-02 untuk menyediakan perkhidmatan TT&C (telemetri, pengesanan dan arahan) dan  menyampaikan data sepanjang 24 jam sehari untuk kapal angkasa bermanusia serta satelit orbit rendah dan pertengahan.

Untuk rekod, pada masa ini, China telah melancarkan lapan satelit Tianlian yang meliputi lima satelit dalam siri Tianlian I dan tiga satelit dalam siri Tianlian II.

Siri Satelit Tianlian yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan angkasa lepas China menyediakan perkhidmatan penyampaian data, pengesanan serta kawalan terhadap kapal angkasa dan stesen angkasa lepas dalam misi penting.

Ia termasuk ketika angkasawan berkomunikasi dengan ahli teknologi di Bumi menerusi panggilan video, angkasawan memberikan kuliah di angkasa lepas, mengendalikan kapal kargo dicantum dengan stesen angkasa lepas dan melakukan aktiviti luar kenderaan (EVAs).