Kejohanan Olahraga Dunia Akhirnya Kembali

2022-07-14 12:50:53  CRI
Share with:

Setelah tertangguh selama setahun akibat wabak COVID-19, Kejohanan Olahraga Dunia akhirnya kembali di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat mulai esok dan berlangsung sehingga 24 Julai.

Menurut senarai atlet yang dimuktamadkan Olahraga Dunia, terdapat seramai 1,972 atlet dari 192 buah negara akan beraksi dalam kejohanan kali ini.

 

Daripada 49 buah acara yang disediakan, acara berjalan kaki 35 kilometer lelaki dan wanita buat pertama kalinya muncul dalam Kejohanan Olahraga Dunia, dan akan menggantikan acara berjalan kaki 50 kilometer.

Bagi menggalakkan kesaksamaan antara lelaki dan wanita, acara terakhir yang dijalankan dalam temasya kali ini adalah lari bergilir-gilir 4 x 400 meter wanita berbanding yang dulunya merupakan acara lelaki.

Menurut rekod, kontinjen China terdiri daripada 53 atlet, antaranya termasuk 100 meter lelaki pemegang rekod Asia, Su Bingtian, johan acara lontar peluru wanita dan johan acara lembing wanita dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Gong Lijiao dan Liu Shiying serta johan acara berjalan kaki 20 kilometer wanita dalam Sukan Olimpik Rio Tahun 2016, Liu Hong.