Presiden Xi Adakan Tinjauan di Urumqi, Xinjiang

2022-07-15 10:02:21  cri
Share with:

Presiden Xi Jinping mengadakan tinjauan di Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada Selasa hingga Rabu.

Beliau telah mengunjungi Universiti Xinjiang, Zon Pelabuhan Darat Antarabangsa Urumqi, komuniti Guyuanxiang di daerah Tianshan dan Muzium Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

Tinjauan beliau memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, langkah bersepadu mencegah wabak COVID-19 dan memacu perkembangan sosioekonomi, serta usaha mendorong solidariti dan kemajuan pelbagai kaum dan memperkukuh kesedaran komuniti bangsa China.