Perdagangan Luar China dengan Negara BRI Kekal Meningkat

2022-07-15 11:20:04  CRI
Share with:

Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) memaklumkan bahawa perdagangan luar antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kekal meningkat.

Menurut data terkini yang dikeluarkan, jumlah import dan eksport China dengan negara-negara BRI dicatatkan sebanyak RMB6.31 trilion (RM4.15 trilion) untuk separuh pertama tahun 2022.

Angka tersebut sekali gus meliputi 31.9 peratus daripada jumlah keseluruhan import dan eksport China bagi tempoh tersebut.