KDNK China Tumbuh 2.5 Peratus Setengah Pertama 2022

2022-07-15 15:50:31  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB56.2642 trilion (RM36.9463 trilion) pada setengah pertama tahun ini, menokok 2.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Demikian dimaklumkan jurucakap Biro Statistik Negara (NBS), Fu Linghui semasa memperkenalkan keadaan operasi ekonomi negara untuk tempoh tersebut dalam sesi taklimat di Beijing, pagi tadi.

Menurut pengiraan awal, KDNK untuk suku kedua naik 0.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan mencecah RMB29.2464 trilion (RM19.2048 trilion).