Kopi, Bunga Jadi Medium Sampaikan Kasih Sayang

2022-07-15 12:00:52  CRI
Share with:

 

Ayşe, seorang gadis yang membesar di bandar Korla, Xinjiang, membuka sebuah kedai kopi yang dinamakan “Fokus Kopi” kerana minatnya yang mendalam terhadap budaya kopi.

 

Sejak kedai kopi itu beroperasi pada 2016, perniagaannya berkembang pesat yang kemudiannya menyaksikan beliau turut membuka satu kedai bunga.

 

Menurut beliau, semua bunga dalam kedainya adalah “kata-kata cinta” yang tersimpan dalam hati dan malu untuk diucapkannya.

 

Di kedai Ayşe, pelanggan yang pelbagai etnik minum kopi, makan kek, berbual-bual, belajar, bekerja atau mengambil gambar untuk menikmati kehidupan di “ruang ketiga” selain rumah dan pejabat.

 

Ramai pelanggan menganggap Ayşe telah melakukan sesuatu yang sangat "menakjubkan".

 

Beliau mentafsirkan cinta terhadap kampung halamannya Xinjiang, serta menyampaikan kasih sayang terhadap kehidupan melalui kopi dan bunga.