Tuaian Bijirin China Meningkat Musim Panas 2022

2022-07-15 11:38:46  CRI
Share with:

Biro Statistik Negara (NBS) China mengumumkan jumlah penghasilan bijirin pada musim panas di negara ini dicatatkan sebanyak 147.39 bilion kilogram, iaitu meningkat satu peratus berbanding 2021.

Menurut data yang dikeluarkan pada Khamis, jumlah penghasilan gandum menokok 135.76 bilion kilogram, sekali gus turut sama menyaksikan peningkatan satu peratus berbanding tahun terdahulu.

Untuk rekod, keluasan ladang tanaman bijirin mencatat 26.53 juta hektar, meningkat 92 ribu hektar berbanding dengan tahun lepas, iaitu peningkatan selama dua tahun berturut-turut.