Beijing Beri Kupon Bernilai RMB100j Jana Penggunaan Katering

2022-07-18 14:51:14  CRI
Share with:

Sejenis kupon katering tajaan kerajaan bandar Beijing dan syarikat perkhidmatan restoran akan ditawarkan kepada pengguna tempatan bermula hari ini. Kupon yang bernilai sebanyak RMB100 juta (RM66 juta) itu terdiri daripada tiga jenis, iaitu yang untuk pengguna umum yang memesan makanan secara dalam talian, untuk yang makan di restoran fizikal, dan kupon khas untuk warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pemberian kupon tersebut akan dimulakan pada pukul 10 pagi setiap hari bermula hari ini.

Kupon tersebut boleh digunakan di lebih 70 ribu premis katering yang merangkumi jenis makanan yang beraneka ragam.

Pegawai berkenaan dari Jabatan Perniagaan Beijing menyatakan kumpulan pertama kupon penggunaan jenis itu akan dilancarkan menerusi aplikasi China Construction Bank (CCB), Meituan, Eleme, JD dan UnionPay.