Atlet China Wang Jianan, Johan Lompat Jauh Lelaki Dunia

2022-07-18 12:38:28  CRI
Share with:

Atlet China, Wang Jianan berjaya merebut pingat emas acara lompat jauh lelaki dengan catatan 8.36 meter dalam Kejohanan Olahraga Dunia yang berlangsung di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu waktu tempatan. Ini merupakan kali pertama bagi atlet China menobatkan diri dalam acara tersebut. Selain itu, dalam pertandingan akhir acara lontar peluru wanita, atlet China yang juga johan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Gong Lijiao pulang dengan menggondol pingat perak dan seorang atlet China lagi, Song Jiayuan menduduki tempat keenam.

Dalam pertandingan akhir acara 100 meter lelaki, tiga atlet Amerika Syarikat (AS) masing-masing menduduki tiga tempat teratas. Atlet China yang juga pemegang rekod Asia, Su Bingtian yang menyelesaikan aksinya dengan catatan 10’30 tersingkir daripada mara ke pertandingan akhir. Seterusnya, beliau akan bersama-sama dengan kawan sepasukan untuk memperjuangkan prestasinya dalam acara lari bergilir-gilir 4 x 400 meter lelaki.